[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Angin Kencang, Laut Bergelora Di Jangka Berterusan Hingga Jumaat


KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Angin kencang dan keadaan laut bergelora turut melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Labuan dan Sulu hingga Jumaat ini, dengan angin kencang pada kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter.
Situasi sama juga diramal berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (pedalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan).
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut, menurut kenyataan itu.
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Jumaat ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]