pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anifah: Malaysia Anggap Tuduhan Korea Utara "Bohong, Khayalan" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Sebarang tohmahan Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang pemimpin ...
KUALA LUMPUR: Sebarang tohmahan Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian dalam jawapan kepada Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol yang mengedarkan kenyataan akhbar semalam mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Kim Jong Nam.
“Tuduhan tersebut bersandarkan khayalan dan pembohongan telah menjadi asas kepada kesimpulan duta tersebut bahawa ‘penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir’ dan ‘penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik’.
“Apabila Duta Besar Korea Utara dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa serta dijalankan mengikut undang-undang negara ini,” katanya.
Beliau berkata siasatan polis adalah berdasarkan kesemua petunjuk yang ada dan akan disiasat sepenuhnya.
Menurut Anifah, pihak kedutaan Korea Utara hendaklah memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan siasatan dijalankan dengan rapi dan bukan menimbulkan syak wasangka terhadap siasatan tersebut.
Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di lapangan terbang klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong Nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top