pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ariff Sabri: Inilah Masalah FELDA Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Pagi tadi, saya bersama YB Rafizi Ramli dan beberapa rakan lain membuat satu sidang media mengenai Kongres FELDA yang akan diadakan bu...

Pagi tadi, saya bersama YB Rafizi Ramli dan beberapa rakan lain membuat satu sidang media mengenai Kongres FELDA yang akan diadakan bulan Mac 2017 nanti. Sidang media itu juga memberi ruang untuk kami dan rakan-rakan lain menimbulkan beberapa kemusykilan mengenai masa depan FELDA.
Laporan audit 2016 untuk FELDA belum keluar lagi. Kita perlu dapatkan laporan audit tahun berakhir Disember 2016 itu untuk melihat banyak mana tanggungan FELDA.
Sebab, jika kita dengar cakap Isa Samad dan orang-orang sepemikirannya, semuanya, bak kata orang putih, hunky dory (okay) belaka. Tapi, kita tahu apa sebenarnya berlaku.
Peneroka FELDA, seperti yang saya tulis sebelum ini, yang berjumlah 112,635 orang, yang mendiami di lebih 300 tanah rancangan, mesti sedar perkara ini. Musibah warga FELDA bukan terhad kepada isu hutang purata RM120,000 bagi setiap peneroka, atau pertelingkahan kadar perahan atau rungutan bayaran bukan dalam bulan semasa. Ini masaalah yang ‘real’ yang dihadapi oleh peneroka setiap hari. Masaalah ini rentetan dan akibat dari tamak haloba seorang yang bernama Najib Tun Razak.
Tapi sengat bisa isu-isu berat ini diringankan sedikit kerana secara umumnya, kehidupan warga FELDA terlindung. Sekurang kurangnya dapat elaun sara hidup dari RM1000-RM1500 sebulan, ada tanah untuk rumah, ada tanah ladang 10 ekar, ada kemudahan awam dan sosial dalam tanah rancangan dan lain. Mereka seolah olehnya leka kerana ada jaminan dari kerajaan UMNO untuk menjaga mereka. Dan disebalik ‘jaminan’ tersebut, kehidupan peneroka diugut kononnya akan terancam sekiranya UMNO bukan kerajaan.
Namun demikian, bagaimana pula mengenai generasi kedua?  Mengikut suatu kajian oleh UIA, anak peneroka FELDA yang berjaya menjadi pelajar pusat pengajian tinggi, jadi doktor, peguam dan graduan-graduan dalam bidang lain hanya 1.5 peratus sahaja. Apa jadi dengan 98.5 peratus lagi?
Realiti ini kita tidak boleh nafikan, ada yang jadi ‘bermasalah’ kepada masyarakat, bercandu dan bermadat, dan duduk ditanggung ibu bapa dalam tanah rancangan. Masa depan mereka bagaimana? Sedangkan tanah seluas 360,000 hektar milik FELDA Plantations sudah dipajak kepada FGV dan tidak mungkin dikembalikan.
Perumahan untuk generasi kedua bagaimana pula? Najib menjanjikan 20,000 rumah kos RM70,000 setiap satu, soalan saya, berapa banyak yang telah dibina? Bagaimana generasi kedua yang tidak ada kerja dapat membiayai pembelian rumah-rumah ini? RM1.4 bilion sudah pun diambil FELDA, tapi mana rumah nya?
Bagaimana menyelesaikan hutang peneroka? Najib senaraikan FGV; kononnya beri RM1.7 bilion sebagai durian runtuh kepada peneroka. Adakah peneroka menerima durian runtuh atau bonus atau pemberian hadiah wang?
Peneroka mesti tahu bahawa masalah mereka adalah sebahagian dari masaalah yang lebih besar; yakni musibah yang diperlakukan keatas semua rakyat oleh si tamak haloba bernama Najib Tun Razak.
Pertama sekali, peneroka mesti ada perasaan sayang ke atas institusi yang menjadikan mereka sekarang iaitu FELDA. Mereka mesti menjaganya dari dicerobohi dan diperkosa dengan rakus oleh Najib dan konco-konconya yang menjadikan FELDA sebagai ATM peribadi.
Dalam tangan gerombolan yang tidak bertanggungjawab, wang RM10 bilion hasil penyenaraian bukannya disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup peneroka, tapi puak-puak yang mengejar komisyen dan memalsukan segala pembelian FELDA berbelanja sakan terhadap perkara yang langsung tidak relevan kepada peneroka.
Bukan rumah dan perumahan warga FELDA yang mereka bina, tapi pengurusan FELDA ini membeli hotel dan kondominum. Mereka tidak melabur dalam perniagaan teras (core business), tapi mereka membeli dan menjalankan perniagaan yang bukan-bukan seperti membuka kedai-kedai pastri yang rugi dan ditutup, melaksanakan projek membela ikan sturgeon- ikan yang masih jadi bahan dan objek kaji selidik. FELDA gatal hendak membela sturgeon di sungai Pahang di Jerantut. Akibatnya rugi besar. Banyak lagi pelaburan yang mengarut yang dilakukan oleh Isa Samad dan kawan-kawannya.
Sekarang, Sharir Samad pula yang dilantik sebagai pengerusi FELDA. Adakah keberadaan Shahrir Samad ialah untuk membersihkan kekotoran Najib dalam FELDA? Itu sebab kita mahu lihat dan mentelaah laporan audit FELDA untuk tahun 2016, sebelum Shahrir ‘bersihkan’ segala caca marba yang dibuat Najib dan gerombolannya. #sumber
*Datuk Mohd Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub mewakili DAP merangkap Ketua Biro Parlimen FELDA DAP

Advertisement

Post a Comment

 
Top