pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: Anwar Ibrahim Tak Pernah "Rancang Jatuhkan" Dr Mahathir !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai niat menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden Umno kira-kira ...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai niat menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden Umno kira-kira 20 tahun lalu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas setiausaha sulit Anwar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebaliknya musuh politik Anwar yang merancang menyingkirkan bekas bosnya itu daripada parti dan kerajaan.
“Lawan politik Anwar tidak berpuas hati dengan kenaikan mendadak beliau dalam politik dan usaha membawa perubahan.
“Mereka mahu menyingkirkannya untuk mencapai agenda mereka sendiri,” kata Azmin ketika memberi keterangan terhadap Anwar yang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Azmin, yang kini Menteri Besar Selangor, berkata Anwar tidak pernah menyimpan idea mencabar Dr Mahathir untuk jawatan tertinggi semasa mesyuarat dengan pemikir politik beliau (Anwar).
Beliau berkata Anwar sentiasa menganggap Dr Mahathir sebagai bapa dan tokoh yang membangunkan negara.
Anwar menjadi Timbalan Dr Mahathir dalam UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 sehingga beliau dipecat daripada parti kerana salah laku seksual yang didakwa pada September 1998.
Khabar angin semasa itu mendakwa Anwar merancang untuk menentang Dr Mahathir bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 1999.
Dr Mahathir, Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang paling lama berkhidmat, meletak jawatan 2 jawatan itu pada 2003.
Dr Mahathir meninggalkan Umno tahun lalu berikutan tiada persefahaman dengan Perdana Menteri semasa dan dan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Azmin berkata tugasnya, antara lain, adalah mengatur mesyuarat untuk majlis rasmi Anwar dan menyesuaikan temu janji dengan ahli anggota awam dan parti.
Timbalan Presiden PKR juga berkata beliau menyimpan rekod program Anwar tetapi semua diari tahunan dirampas pihak polis pada 1998.
Soal balas peguam Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Azmin berkata, beliau dilantik ke jawatan itu (setiausaha sulit) berdasarkan merit pengalaman dan kelayakan akademiknya.
Menjawab soalan Shafee, Azmin berkata beliau tidak mengikut Anwar ke semua majlis awam tetapi menemani bosnya untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet.
“Saya hanya akan hadir dalam kes kecemasan,” katanya.
Anwar, 69, memfailkan saman terhadap Khairy berikut kenyataan “main belakang” dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai pada 2008.
Anwar berhujah frasa itu bermakna beliau seorang homoseksual, mempunyai moral yang rendah, dan keupayaan melakukan jenayah dan maksiat.
Ketua de factor PKR memfailkan saman fitnah selepas membaca apa yang dilaporkan Malaysiakini dan menonton video yang disiarkan portal berita itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top