Azmin Di Jangka Beri Keterangan Kes Anwar Saman Khairy Jumaat


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pada 10 Febuari ini.


Mohamed Azmin yang hadir di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagaimanapun berkata, ia juga mengambil kira mahkamah selesai mengambil keterangan Anwar.
“Saya hadir hari ini sebagai saksi kes saman Datuk Seri Anwar terhadap Khairy. Saya hanya menunggu giliran untuk memberi keterangan tetapi nampaknya keterangan Datuk Seri Anwar masih lagi berjalan dan mungkin akan disambung, 
pada Jumaat. Jadi saya belum lagi dipanggil menjadi saksi.
“Ada kemungkinan (beri keterangan) pada Jumaat tetapi tertakluk kepada keterangan Datuk Seri Anwar, sekiranya dapat diselesaikan hari ini mungkin giliran saya hari Jumaat,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata demikian kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta apabila Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai, pada 20 Februari 2008. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]