pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: Isu "Menteri Kanan" Letak Jawatan, Bukti Kabinet Kini Goyah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Isu dibangkitkan mengenai peletakan jawatan seorang menteri kanan dalam kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Na...

KUALA LUMPUR: Isu dibangkitkan mengenai peletakan jawatan seorang menteri kanan dalam kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan barisan jemaah menteri hari ini tidak kukuh dan goyah.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata persoalan dilontarkan jelas membangkitkan keadaan panik di kalangan menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Aahmad Zahid Hamidi.
“Bagi saya, saya mencapai objektif apabila menunjukkan kabinet yang ada sekarang ini tidak kukuh, cepat melatah dan panik.
“Ini menunjukkan wujudnya ketidakpercayaan di kalangan menteri kabinet sendiri apabila seorang demi seorang menafikan bahawa mereka dimaksudkan akan meletak jawatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau berkata, persoalan itu hanya dilontarkannya namun terkejut dengan respon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah ada sesuatu tidak kena apabila dilihat kedua-duanya panik menjawab isu berkenaan.
Mengulas lanjut, katanya, bagaimanapun beliau tidak akan menamakan menteri berkenaan kerana maklumat diperoleh secara terus dan memahami mengapa seseorang itu mengambil tindakan sedemikian.
“Saya tidak akan menamakannya kerana sistem yang wujud hari ini adalah sistem menekan dan ugutan itu terlalu kuat di Putrajaya di mana ia tidak adil kepada menteri berkenaan.
“Cukup untuk saya melontarkan kepada rakyat bahawa ada menteri kanan tidak berpuas hati dengan pengurusan kewangan dan ekonomi negara serta mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam jemaah menteri kabinet.
“Kita tunggu dan lihat (akan perkara itu),” katanya.
Baru-baru ini dalam akuan twitternya @AzminAli, Dato’ Menteri Selangor itu menimbulkan persoalan dengan twit – Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB, Cuba ikuti perkembangan.
Isu terbabit mendapat perhatian ramai khususnya Najib dan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang mempersoalkan perkara dibangkitkan itu dan meminta Mohamed Azmin mendedahkan individu dimaksudkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top