pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: "Wan Azizah" Masih Ketua Pembangkang, Bukan Dr Mahathir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PKR menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad ...
PETALING JAYA: PKR menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “ketua pembangkang’ masa kini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kita ada ketua ketua pembangkang Dr Wan Azizah dan kita juga sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Borang 5A dan Sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk Kampung Chempaka.
Terdahulu Azmin menyampaikan Surat Kelulusan Borang 5A kepada penduduk Kampung Chempaka di Petaling Jaya dan sambutan Tahun Baru Cina.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Pada majlis petang tadi, seramai 32 penduduk menerima surat kelulusan borang 5A bagi hak milik tanah yang diduduki penduduk Kampung Chempaka, Petaling Jaya.
Sebelum ini, Malay Mail Online dalam temubualnya bersama Zaid menyatakan Dr Mahathir merupakan “ketua pembangkang” terkini sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Zaid yang baru menyertai DAP pada Selasa lalu berkata hanya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika ketua umum PKR itu masih meringkuk di penjara Sungai Buloh.
Azmin yang juga menteri besar Selangor pada masa sama turut menafikan beliau pernah berselisih faham dengan Zaid sebelum ini.
“Cuma saya setuju pandangan Dr Mahathir. Kita harap beliau kekal lama dalam DAP,” katanya.
Sementara itu, beliau menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Dr Mahathir penyebab kuasa politik Islam lemah dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi.
“Itu pandangan Hadi,” kata Azmin ringkas.
Jumaat lalu Hadi pada satu ceramah di Marang dilapor menyalahkan Dr Mahathir atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.
Dalam pada itu, Azmin turut ditanya adakah PKR akan menyertai Himpunan RUU 355 yang akan diadakan Sabtu hadapan.
“Saya tak pasti kita dah terima undangan atau belum. Kena tanya Setiausaha Agung,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top