pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Banjir Termenung", Jumlah Mangsa Di Pahang Masih Tidak Berubah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kekal seperti malam Sabtu dengan 96 orang daripada 25 ke...

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kekal seperti malam Sabtu dengan 96 orang daripada 25 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara berikutan 'banjir termenung'.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Zainal Yusoff berkata sehingga pukul 6 pagi ini, Pekan masih merekodkan bilangan mangsa seramai 88 orang daripada 23 keluarga.

"Di Kuantan, lapan orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan," katanya.

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu dua di Pekan dan satu di Kuantan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top