pahangdaily pahangdaily Author
Title: Benarkah Bangsa Johor Keluarkan "Kad Indentiti" Pengenalan Sendiri ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TERKEJUT seketika apabila tersebar di laman sosial Twitter mengenai kewujudan Kad Identiti Ban...

TERKEJUT seketika apabila tersebar di laman sosial Twitter mengenai kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor. 
Menurut sebuah akaun Twitter bernama @syedsigaraga , kad berkenaan harus didapati melalui prosedur mengisi borang keahlian Kelab Identiti Bangsa Johor yang turut disertakan bersama-sama twitter tersebut.
Kad yang turut disertakan dengan VISA PayWave itu mengandungi nama penuh pemilik dalam ejaan Bahasa Melayu dan Jawi serta beberapa maklumat diri pemilik.
Antara maklumat tersebut adalah seperti nombor Kad Pengenalan pemilik, nombor ‘IBJ’ dipercayai Identiti Bangsa Johor, alamat pemilik di Johor, nama penuh waris dan nombor telefon waris.
Mungkin juga kad berkenaan sekadar kad pengenalan kelab yang turut dilengkapi dengan aplikasi debit VISA, namun cara penyampaian pemilik Twitter yang mempromosikan kad berkenaan seolah-olah ia merupakan ‘Kad Pengenalan Bangsa Johor’.
Tambahan lagi, antara syarat utama untuk memohon kad tersebut mestilah yang lahir di negeri Johor atau mempunyai bukti berketurunan dari negeri berkenaan.
Yuran sebanyak RM30 juga dikenakan bagi mereka yang ini memohon, disamping mereka yang berstatus muflis turut tidak diberi halangan memohon kad tersebut.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian di Twitter mendapati terdapat ramai para netizen yang mencemuh perkara ini, khususnya terhadap penggunaan kad kepada ‘Bangsa Johor’.
Menurut pemilik akaun Twitter bernama Faris Imadi, dia cuba mempertikaikan motif keperluan untuk bergelar ‘Bangsa Johor’ dan mempersoalkan kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor tersebut.
“Johor dah keluar Malaysia ke? Johor sekarang qualify as negara oversea ke?,” katanya dalam Twitter.
Begitu juga dengan seorang lagi pemilik akaun Twitter bernama Akak Pening yang memuatnaik status agak sinis terhadap perkara tersebut.
“Alhamdulillah negeri lain tak payah ada kad pun dah qualified dah negeri dia tinggal. Tak payah nak bangsa2 sgt,” katanya melalui akaun Twitter @qyscha_ .
Berbeza pula dengan tweet oleh pemilik akaun Lutfi Hambali. Dia lebih sinis dengan menyenaraikan bio berkaitan ‘negara’ Johor bagi membalas tweet asal oleh @syedsigaraga .
Apapun yang dikatakan dalam media sosial, diharap pihak berwajib yang bertindak mengeluarkan kad identiti berkenaan tampil membuat penjelasan lanjut agar para netizen tidak samar-samar mengenai tujuan asal kad berkenaan dipromosi dalam media sosial.
Malah, usaha untuk penyatuan dan perpaduan sesama kita amatlah perlu agar anasir luar tidak mampu memperdaya tanah tumpah darah sendiri. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top