pahangdaily pahangdaily Author
Title: Negara China Bina Lebih 20 Pusat Pelancar Peluru Berpandu Di Laut China Selatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
WASHINGTON: China kini hampir siap membina 2 dozen struktur di pulau buatan di Laut China Selatan, dipercayai bagi menempatkan pelancar...
WASHINGTON: China kini hampir siap membina 2 dozen struktur di pulau buatan di Laut China Selatan, dipercayai bagi menempatkan pelancar peluru berpandu, kata 2 pegawai Amerika Syarikat (AS).
Perkembangan itu mungkin bakal mengundang persoalan bagaimana respons AS terhadap China, memandangkan AS sebelum ini pernah berkata akan berkeras dengan China di Laut China Selatan.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang menjadi laluan maritim ketiga dunia paling sibuk. Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan di laut itu.
Pentadbiran Presiden Donald Trump mendakwa pembinaan pulau buatan China di Laut China Selatan, adalah haram.
“China tidak sepatutnya sesuka hati membinanya, dan struktur di pulau buatan itu seperti untuk menempatkan bateri peluru berpandu, jadi logiknya itulah tujuan mereka di situ,” kata pegawai risikan AS.
Seorang lagi pegawai berkata struktur itu dipercayai sepanjang 20m dan tinggi 10m.
Kedutaan China di Washington masih belum memberi respons ketika diminta mengulas.
Greg Poling, pakar Laut China Selatan di Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa di Washington, dalam satu laporan pada Disember berkata, China dilihat siap memasang senjata termasuk sistem anti pesawat dan anti senjata, di semua 7 pulau buatan yang dibina di Laut China Selatan.
Pegawai rasmi berkata struktur baharu itu mungkin dibina bagi menempatkan pelancar peluru berpandu yang dapat meluaskan pertahanan China di seluruh pulau berkenaan.
Mereka bagaimanapun tidak memberi tempoh masa bila China akan menempatkan peluru berpandu di semua pulau itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top