pahangdaily pahangdaily Author
Title: CMK: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Bekas calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli  hari ini menggesa parti politik baik Ba...

KUANTAN: Bekas calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli  hari ini menggesa parti politik baik Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang meletakkan calon Melayu di kerusi DUN Itu (N-13 Semambu) pada Pilihanraya Umum Ke-14 ini nanti. 

Katanya di posting terbaharu blog peribadi beliau www.cucumatkilau.blogspot.my, majoriti pengundi Melayu kini melebihi 60% berdasarkan kepada statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa ini. 

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) menegaskan, pembangkang boleh meletakkan calon Melayu daripada PKR atau pun PPBM, manakala BN pula boleh memilih calon dari parti UMNO untuk bertanding di situ.

"Saya hairan, sejak wujudnya kerusi DUN Indera Mahkota hingga bertukar menjadi DUN Semambu wakil rakyat kawasan ini tetap dari kaum manoriti. Walhal, pengundi Melayu melebihi dua kali ganda statitistiknya".



"Pembangkang pernah meletakkan calon Melayu dalam dua pilihanraya umum sebelum ini iaitu Razali Alias dan Zukri Akshah dari PKR. Namun, kedua-duanya kalah kepada calon BN dari MCA iaitu Ti Lian Ker dan Pang Tsu Ming. Pada PRU-12, pembangkang mula meletakkan calon bukan Melayu iaitu Nancy Kong untuk berhadapan dengan Pang Tsu Ming".


Pang Tsu Ming Dan Ti Lian Ker dari MCA wakil BN

"PRU13, sekali lagi calon bukan Melayu iaitu Lee Chean Chung diletakkan di situ. Beliau  menang dan menjadi wakil rakyat hingga ke hari ini. Ketika itu peratusan pengundi Melayu hanyalah 56.8% berbanding kaum Cina 33.20%. Saya gagal kerana tidak mewakili mana-mana parti ketika itu sebenarnya. Rakyat tidak yakin dengan calon bebas", kata Shukri.


Razali Alias Dan Zukri Akshah dari PKR wakil PR

"Amatlah tidak wajar, di kerusi yang majoriti kaum tersebut tetapi calonnya tidak dipilih di kalangan mereka. Sedangkan dalam perbincangan sama-sama parti jelas menyatakan mana-mana kerusi yang majoriti pengundi dari  kaum tertentu akan ditandingi oleh wakil kaum terbabit", tambah Shukri lagi. 


Nancy Kong, calon pembangkang (PKR) pada PRU12

Saya mendapat banyak aduan daripada rakyat di kawasan ini yang mahukan wakil rakyat dari kalangan Melayu. Ini bagi memudahkan wakil rakyat bersama dalam program dan sebarang aktiviti keagamaan.  Menurut Shukri lagi, dalam hal ini ia bukan bersifat perkauman atau rasis. Namun, ia lebih kepada memberikan hak kepada yang sepatutnya.


Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Indera Mahkota PRU10 (1999)

 "Amalan ini berlaku di mana-mana sebenarnya... Saya tidak hairan jika majoriti tersebut hanya sedikit.. namun di DUN Semambu ia mencecah sekali ganda... Sebab itu saya tawarkan diri bertanding seagai calon bebas di sini pada PRU-13 lalu... Namun saya tewas kerana semangat kepartian itu mengatasi segalanya. Apapun, selepas pilihanraya barulah masing-masing merungut dan terfikir betapa sukarnya bersama wakil rakyat dalam program agama di surau atau pun masjid-masjid. Maknanya, wakil rakyat sekadar pada namanya sahaja, sedangkan mereka tidak dapat bersama-sama rakyat itu sendiri", kata beliau lagi.

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Indera Mahkota PRU11 (2004)

Shukri juga berkata, apa pun perkara ini sekadar pandangan beliau semata-mata dan dia terpulang kepada parti-parti yang bertanding. Situasi akan berbeza sekiranya pakatan pembangkang baharu Pakatan Sejahtera, dari PAS dan IKATAN meletakkan calon mereka pada PRU-14 ini nanti. Sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu. 


Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Semambu PRU12 (2008)

Perkara ini sekadar pandangan saya semata-mata dan dia terpulang kepada parti-parti yang bertanding. Situasi akan berbeza sekiranya pakatan pembangkang baharu Pakatan Sejahtera, dari PAS dan IKATAN meletakkan calon mereka pada PRU-14 ini nanti. Sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu. 


Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Semambu PRU13 (2013)

Lebih menarik lagi katanya, jika BN meletakkan calon dari UMNO pula kali ini selepas MCA tewas pada PRU-13 lalu. Pengorbanan besar perlu dibuat demi mempertahankan suara majoriti di kawasan DUN ini. Tiba masanya semua pihak perlu bertolak ansur jika BN mahu merampas semula kerusi terbabit daripada PKR. 


Kenangan, ketika Shukri bertanding kerusi bebas PRU-13 

Jika ini berlaku kata Shukri lagi, harapan untuk Pakatan Sejahtera menang adalah cerah berdasarkan kepada sokongan akar umbi pengundi atas pagar itu sendiri. Sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan demi kepentingan majoriti pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada masa akan datang. #pahangdaily

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, February 25, 2017 8:43:00 PM

Itulah hakikat pengundi melayu siapa yang boleh bagi dedak mereka akan pilih UMNO/BN mereka memang terkenal dengan rasuah pilihan raya kalau tak percaya lihat saja pabila PRK berlaku semua projek akan di jalan kan kita bukan tak faham sikap pengundi melayu bila termakan budi maka body kena gadailah itu hakikat percayalah PRU14 nantu juga kan berlaku sedimikian rupa.

pa$pi$pu$ said... Saturday, February 25, 2017 9:44:00 PM

Cucu Mat Kilau..meroyan...!Dia pun dapat dedak kot....?

Anonymous said... Saturday, February 25, 2017 10:50:00 PM

meroyan benda pulak tu paspispus... aku rasa betul apa yg dia kabo tu.. 60% tu majoriti.. maka hak kpd pengundi majoriti jgn dinafikan.. calon Melayu kan ada

 
Top