Dakwaan Curi Di Premis Hiburan, Jamal Yunus Di Reman Lima Hari !


KUALA LUMPUR: Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang ditahan reman untuk tempoh lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwan curi di premis hiburan.

Jamal disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tiba di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 10.15 pagi, Jumaat.

Sambil tersenyum, Jamal berjalan diiringi anggota polis dan menunggu untuk mendapat perintah itu.

Jamal ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kerana didakwa mencuri di premis hiburan di Ampang. Sembilan rakannya juga ditahan pada Rabu malam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]