pahangdaily pahangdaily Author
Title: DAP Tempelak Fiitnah Demokratik "Ketua Unit Propaganda" UMNO !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: DAP menyelar kenyataan dangkal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Puad Zarkashi yang membandingkan ...

KUALA LUMPUR: DAP menyelar kenyataan dangkal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Puad Zarkashi yang membandingkan nama parti pemerintah tunggal Korea Utara dengan nama parti itu.
Puad seperti dilaporkan media sebelum ini mendakwa nama parti pemerintah negara diktator itu, Republik Demokratik Rakyat Korea Utara (DPRK) adalah menyerupai nama parti DAP atau Parti Tindakan Demokratik.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kemudiannya membuat kesimpulan cetek dengan menyamakan ideologi kedua-dua parti tersebut hanya kerana perkataan “demokratik” dan menuduh DAP diperintah “dinasti Lim”.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok bagaimanapun menempelak kenyataan itu, sekaligus menegaskan bahawa DAP adalah parti yang menjunjung semangat Sosial Demokrasi berbanding DPRK yang mengamalkan pemerintahan komunis.
Beliau turut merujuk laman web rasmi DPRK yang menyatakan bahawa negara Korea Utara mengunakan ideologi “Juche” yang dikarang Presiden terdahulu, Kim II Sung sebagai asas pembentukan negara dan diperintah oleh keturunan keluarga.
“Namun ia berbeza dengan DAP di mana Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dipilih oleh setiap perwakilan bahagian dalam kongres parti setiap tiga tahun.
“Setiap bahagian DAP pula akan memilih pimpinan dan perwakilan melalui Persidangan Tahunan DAP untuk melantik ahli CEC dan pemimpin DAP setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilantik oleh perwakilan DAP dalam Kongres parti secara demokratik melalui proses undi, berbanding DPRK yang mengunakan kuasa mutlak ketua tertinggi untuk menentukan keputusan parti dan kerajaan.
“Sebenarnya, kebanyakan dasar dan tindakan tidak demokratik di Malaysia adalah dilakukan oleh UMNO sendiri malah menyerupai DPRK di Korea Utara, terutamanya dalam tindakan mengawal pemimpin politik pembangkang
“Jadi jika guna logik Puad itu, berkemungkinan UMNO adalah parti adik beradik DPRK kerana kedua-dua parti itu mengawal pemimpin politik pembangkang sewenang-wenangnya malah kedua-dua parti itu mengamalkan pseudo-demokrasi,” ujarnya.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut membidas Puad yang membangkitkan mengenai masalah yang dihadapi DAP dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
“Adalah dangkal apabila Puad membangkitkan mengenai kesulitan yang dihadapi DAP dengan pihak ROS, kerana beliau sendiri tahu bahawa ROS adalah sebahagian daripada jentera kerajaan yang dikawal parti pemerintah,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top