pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tuduh DAP Telah Tersasar, Alasan Remeh Tindakan Keluar Dari Parti
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Mendakwa DAP telah tersasar dari landasan perjuangan dan menggunakan hujah tersebut untuk keluar parti adalah alasan yan...

KUALA LUMPUR: Mendakwa DAP telah tersasar dari landasan perjuangan dan menggunakan hujah tersebut untuk keluar parti adalah alasan yang sangat lemah.
Alasan keluar parti sebab kalah dalam pemilihan parti juga bukanlah budaya DAP, tegas Pengarah Pendidikan DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong sebagai mengulas tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti semalam.
Beliau yang kebetulan hadir di rumah terbuka Tahun Baru Cina DAP Melaka berkata, DAP terus komited terhadap prinsip dan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus dilanda krisis dan kleptokrasi global.
“Di saat negara mengalami krisis, pilihanraya umum semakin hampir, perlawanan antara yang menyokong Perdana Menteri Najib Razak dengan kleptokrasi globalnya, misi DAP adalah untuk menyelamatkan Malaysia.
“Dalam konteks ini strategi DAP adalah bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan PPBM. Tiada siapa pun menggadai prinsip. Ianya mengenai usaha untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, beliau tidak pasti sama ada empat wakil rakyat yang keluar parti itu merasakan mereka merupakan kuasa ketiga, yang bagi beliau hanyalah perosak bertujuan memberi kelebihan kepada Najib dan BN.
“Nampaknya macam tak jauh berbeza dengan (pendirian) Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” katanya.
Semalam, Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Adun Duyong Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong mengumumkan keluar parti.
Februari lalu, Sim dan Goh digantung keahlian selama setahun ekoran membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti secara berulang kali. Kesemuanya sebelum ini telah tewas dalam pemilihan parti di peringkat negeri.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top