pahangdaily pahangdaily Author
Title: Di Tembak "Tiga Das", Sepupu Dakwa Ajal Sehari Sebelum Hari Lahir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  "Esok sepatutnya kami sekeluarga berkumpul di Karak, Bentong untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27. “Namu...
KUANTAN: "Esok sepatutnya kami sekeluarga berkumpul di Karak, Bentong untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
“Namun, kami tidak sempat mengadakan majlis itu apabila dia ditemui mati hari ini,” kata V Reenunair, 29.
Dia adalah sepupu K Selamparasan, 27, mak nyah berasal dari Mentakab, yang ditemui mati selepas ditembak tiga das, selain putus lima jari akibat dipotong dengan senjata dipercayai parang di Jalan Pasar, di sini, pagi tadi.
Reenunair berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menyewa rumah di Jalan Bukit Ubi, di sini, sempat bertemunya beberapa hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.
Reenunair yang tingal di Jalan Wong Ah Jang, di sini, berkata, dia mendapat tahu berhubung kejadian berkenaan melalui rakan mangsa yang memaklumkan sepupunya itu keluar membeli makanan dan kad tambah nilai telefon bimbit sebelum kejadian.

Dia yang terkejut selepas mendapat tahu berita itu pada mulanya tidak mempercayai mangsa ditembak dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya tergamam apabila menemui sepupu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Dalam pertemuan minggu lalu, dia kelihatan cerita dan bekerja seperti biasa di kedai bunga, namun saya tidak tahu pula ada musuh memerhatikannya sehingga tergamak melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi, di sini.
Reenunair turut memaklumkan mangsa melakukan pembedahan menukar jantina sejak berusia 19 tahun.

Menurutnya, mayat mangsa akan dibawa pulang ke Karak untuk pengebumian selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Sementara itu, seorang saksi hanya mahu dikenali Ahmad Muslim, 25, mendakwa terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke lokasi berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ingat ada orang baling mercun namun tidak sangka ada orang kena tembak menyebabkan saya ketakutan lalu bergegas meninggalkan tempat kejadian,” katanya. yang juga seorang peniaga di kawasan berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top