pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Rosli: "Saiz Kabinet" Perlulah Di Kecilkan, Untuk Mengelak Tragedi Greece
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan jumlah Menteri Kabinet terlebih dahulu sebelum diik...

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan jumlah Menteri Kabinet terlebih dahulu sebelum diikuti langkah mengecilkan saiz perkhidmatan sektor awam.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob (foto), berkata kegagalan mengurangkan kos untuk menampung sektor awam dan Menteri Kabinet bakal menyebabkan negera terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti berlaku di Greece.
“Kadangkala sampai dua Menteri dalam satu kementerian. Di sini ada keperluan segera untuk kita membetulkan saiz Menteri Kabinet.
“Sama seperti Negara Greece antara punca masalah kewangan adalah saiz sektor awam yang besar di mana banyak membebankan kewangan dan menyerap guna tenaga yang ada di Greece.
“Dan bila Greece hadapi masalah kewangan, tentulah yang jadi mangsa adalah kakitangan sektor awam apabila mereka terpaksa berdepan dengan pemotongan gaji, dibuang kerja, pemotongan faedah-faedah kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini.
Jelasnya, kegagalan bertindak segera menyebabkan lambat laun Kerajaan Persekutuan terpaksa berhadapan dengan situasi ketidakmampuan membayar gaji kakitatangan awam.
Katanya, kewangan kerajaan semakin merosot boleh dilihat apabila kerajaan mula mengambil langkah memotong pelbagai peruntukan termasuk membabitkan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan.
Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Grease said... Thursday, February 16, 2017 9:53:00 AM

sokong dr rosli..

di jpm aje ada 9 menteri dan 3 timbalan menteri

apa kejadah ramai2 tp Negara hancur juga.

mereka lebih tidak berfungsi dpd kakitangan bawahan yg lebih ramai tp gaji mereka jauh lebih rendah.

adakah kejatuhan Greece berpunca terlalu ramai kakitangan awam?

jika semua kakitangan awam diberhentikan pun, adakah masalah Negara akan selesai?

ini cerita macam bapak yg byk hutang mula mengadai apa saja yg ada dalam rumah.. sampai ank2 pun nk diberi pada org.

adakah menyelesaikan masalah? satu masa segala yg boelh digadai juga akan habis tp hutang masih bertompok.

so carilah punca yg menjadikan Negara kearah mcm Greece. buang punca tu dulu. penjimatan dan pemotongan perbelanjaan mesti bermula dari atas ke bawah bukan sebaliknya. ini cara islam. tuan penasihat buat apa, tk nasihat pentadbiran Negara ke?

istilah 'mcm Greece' ni apa? kenapa takut nk sebut bangkrup? masih nk jaga imej lagi walaupun dh nk tenggelam? dulu lagi idrsi jala dh cakap. disokong daim. tp ditegur konon menakut2kan rakyat.

so guna istilah mcm Greece. kita Negara kita ke arah taraf Negara eropah lah Greece tu.. kira hebatlah

 
Top