pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fahmi: Tan Dr Sri Madinah Rasmi "Program UMNO", Adakah Beliau Ahli?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Status Ketua Audit Negara yang baru, Tan Dr Sri Madinah Mohamad dalam UMNO menjadi tanda tanya apabila beliau dikesan bebe...

SHAH ALAM: Status Ketua Audit Negara yang baru, Tan Dr Sri Madinah Mohamad dalam UMNO menjadi tanda tanya apabila beliau dikesan beberapa kali menghadiri program melibatkan parti itu.
Pengarah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata Madinah atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut perlu menjawab persoalan dibangkitkan orang ramai, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan parti berhubung kelayakkan beliau.
“Pada 3 Januari 2017, Tan Sri Dr Madinah merasmikan program di Kepong bersama suami beliau, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong, seperti yang dilapor Utusan Malaysia dengan tajuk ‘Yayasan Kepong salur bantuan persekolahan kepada 200 pelajar’.
“Yayasan Kepong ini adalah platform proksi Umno Kepong, seperti yang dilihat dalam facebook UUMNO Cawangan Taman Kepong bertarikh 26 Julai 2016 ini dan serta blog post Sangkakalajari9,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, walaupun Madinah bersara wajib sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada 3 September 2016, tetapi kehadiran beliau merasmikan program suaminya itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Katanya, selain merasmikan program itu, Pada 2 April 2016, Madinah selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan juga menghadiri pelancaran program yang dibiayai UMNO Permatang Pauh.
Katanya lagi, Madinah juga didapati bergambar bersama replika cek berlogo Umno dan ahli-ahli Umno dalam kedua-dua program terbabit.
Tambah Fahmi, Madinah sebagai seorang Ketua Audit Negara bukan sahaja perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi juga perlu dilihat bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian.
“Oleh itu, demi integriti sistem demokrasi berparlimen, persoalan pokok yang perlu dijawab Tan Sri Dr Madinah adalah adakah beliau seorang ahli Umno, atau pernahkah beliau menjadi ahli UMNO? Saya harap Tan Sri Dr Madinah akan segera memberi jawapan,” katanya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top