pahangdaily pahangdaily Author
Title: FAM: Perlawanan Malaysia - Korea Utara Di Teruskan, Kecuali Timbul Isu Keselamatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan memohon untuk bermain dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang...

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan memohon untuk bermain dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali jika keselamatan pasukan kebangsaan terancam.

Malaysia, yang berada dalam Kumpulan B bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan, akan memulakan kempen dengan menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau telah bercakap dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul berhubung perkara itu.

"Kami akan membincangkan isu ini dengan AFC dan kedutaan untuk melihat jika terdapat ancaman terhadap keselamatan pasukan di Pyongyang.

"Segalanya OK pada masa ini, dan kami akan memaklumkan kepada media jika terdapat sebarang perkembangan baharu," kata Hamidin di Wisma FAM, Isnin.

"Kami telah berhubung dengan Datuk Windsor sejak beberapa minggu lepas. AFC akan membuat keputusan sama ada akan menangguhkan perlawanan atau bermain di gelanggang berkecuali jika terdapat kebimbangan keselamatan," katanya selepas mesyuarat exco FAM.


Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utama, Kim Jong-un, di KLIA 2, Isnin lepas.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, telah mengkritik cara Malaysia mengendalikan kes ini.

Malaysia juga telah memanggil semula dutanya ke Korea Utara. 
Kang Chol  telah dipanggil ke Wisma Putra hari Isnin, dan kemudian mengeluarkan keras mengkritik siasatan polis Malaysia ke atas kes pembunuhan itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top