pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hadi: Yang Tak Sokong Himpunan RUU, Bagaikan 'Kambing Terpisah'
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap himpunan anjuran partinya Sabtu lalu sebagai berjaya, sambil menyifatkan...
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap himpunan anjuran partinya Sabtu lalu sebagai berjaya, sambil menyifatkan mereka yang tidak bersama-sama hadir menyokong acara itu sebagai terdedah kepada bahaya dan menjadi mangsa “serigala liar”.
“Peristiwa memperjuangkan RUU 355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuan, para mahasisiwa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan.
“Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran,” kata presiden PAS itu dalam kenyataan lebih 40 perenggan hari ini diselangi beberapa petikan ayat Al-Quran.
Sabtu lalu, puluhan ribu penyokong PAS berhimpun di Padang Merbok di Kuala Lumpur, menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, memberikan kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin UMNO.
Hadi berkata berjuang untuk menegakkan undang-undang syariah adalah kewajipan setiap umat Islam walaupun tidak mampu melaksanakannya.
Beliau turut memberikan analogi seseorang yang tidak mampu menunaikan ibadat haji.
Ibadat haji wajib dilakukan sekali seumur hidup oleh umat Islam, tetapi tidak wajib selagi tidak berkemampuan daripada segi wang duit dan kesihatan.
Hadi berkata hanya kerana ibadat haji tidak wajib ke atas diri seseorang, dia masih tidak boleh menganggap ibadat itu tidak wajib pada dasarnya.
“Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya,” kata Hadi.
Hadi berkata kisah khalifah kedua Islam. Umar al-Khattab yang tidak melaksanakan hukum hudud ke atas pencuri adalah kerana ia berlaku di zaman kemelesetan ekonomi.
“Namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top