pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hamidin: TMJ, Khairy Dan Annuar Musa Di Calon, Jadi Presiden FAM
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
S HAH ALAM: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).  Dato' Hamidin Haji Mohd Amin  mengesahkan Khairy Jamaluddin dan...

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dato' Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Annuar Musa layak bertanding merebut jawatan presiden persatuan itu.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mengikut artikel 8 Statut FAM, seseorang warganegara hanya tidak boleh bertanding sekiranya diisytihar bankrap, pernah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun sebelum pertandingan dan pernah didakwa.
“Pada masa ini, kita belum mendapat pengesahan daripada Khairy sama ada mahu bertanding atau tidak. Beliau mempunyai masa sehingga 13 Februari untuk mengesahkan pencalonannya…kita perlu memberi ruang kepadanya untuk membuat keputusan.
“Bagi Annuar pula, saya rasa setakat ini beliau tidak berada dalam 3 kategori itu, maka beliau layak bertanding,” katanya selepas majlis undian Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia hari ini.
Selain Khairy dan Annuar, 2 lagi nama yang dicalonkan merebut “kerusi panas” itu ialah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini menyatakan akan mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bertanding jawatan itu.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu pula digantung tugas sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), susulan siasatan ke atasnya melibatkan dakwaan salah guna kuasa berkaitan penajaan untuk pasukan Kelantan.
Hamidin berkata, sekiranya seseorang calon termasuk dalam tiga kategori tersebut selepas pemilihan diadakan, maka Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantikan individu berkenaan pada mesyuarat agung seterusnya.
Pemilihan FAM akan diadakan ketika Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Sementara itu, Hamidin berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada beberapa calon yang menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak sejak pencalonan ditutup pada 31 Januari lalu.
“Kita sudah menerima 4 pencalonan untuk jawatan Presiden, 8 Timbalan Presiden, 21 Naib Presiden, 30 exco lelaki dan 7 bagi exco wanita.
“Kita sudah menerima beberapa pengesahan, namun saya tidak boleh mendedahkan sekarang. Nama calon yang bertanding hanya akan diumumkan pada 20 Februari ini selepas mesyuarat exco,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top