pahangdaily pahangdaily Author
Title: Harga Minyak Dunia Jatuh, Tetapi Mengapa "Harga Petrol Malaysia" Naik ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Mengapa rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan drastik harga minyak petrol s...

KUALA LUMPUR: Mengapa rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan drastik harga minyak petrol sedangkan harga minyak mentah dunia menurun pada Januari lalu?
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, tidak ada alasan kukuh kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol bermula hari ini (1 Februari), tambahan pula ia telah pun meningkat sebanyak 0.20 sen seliter pada bulan lepas.
“Semasa harga petrol naik pada Januari, ia boleh difahami kerana harga minyak mentah dunia meningkat (dari AS$51.48 kepada AS$56.73) pada bulan Disember.
“Tapi sekarang minyak mentah Brent menurun kepada AS$55.86.  Jadi mengapa harga petrol meningkat pula?” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Menurut Tony, nilai mata wang Ringgit yang lemah juga tidak boleh dijadikan alasan kepada kenaikan tersebut, kerana Ringgit dilihat sedikit kukuh untuk bulan Januari berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Oleh itu, Perdana Menteri mestilah menjelaskan langkah menaikkan harga petrol ini. Atau adakah kerajaan sebenarnya mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna kerana bajet tidak cukup?
“Melalui kenaikan itu, adakah sebenarnya rakyat ‘dipaksa’ membayar untuk semua projek ‘mesra rakyat’, supaya kredit untuk semua projek itu kemudiannya diperoleh oleh kerajaan pimpinan Najib?” soalnya.
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak 20 sen bermula 1 Februari (hari ini), kepada RM2.30 dan RM2.60. Manakala harga minyak diesel meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mahu ada kementerian yang menggunakan alasan ‘tidak cukup peruntukan’ untuk melaksanakan projek ‘mesra rakyat’.
“Tidak memperoleh peruntukan atau tidak ada dana yang cukup bukanlah alasan kepada mana-mana kementerian tidak melaksanakan projek,” katanya pada minggu lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top