pahangdaily pahangdaily Author
Title: Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk Juga DAP, Amanah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan pihaknya menghantar jemputan kepada semua parti terutamanya ahli Parlimen termasuk DAP dan Amanah untuk ...
KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan pihaknya menghantar jemputan kepada semua parti terutamanya ahli Parlimen termasuk DAP dan Amanah untuk menghadiri “Himpunan RUU 355” bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata terpulang kepada mereka untuk hadir atau sebaliknya.
“Kita sudah buat jemputan kepada semua parti terutamanya semua ahli Parlimen.
“Malah kita juga tidak meletakkan syarat kepada mana-mana parti untuk membuat pengesahan kehadiran dan kita tunggulah sama ada mereka hadir atau tidak esok,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berharap himpunan yang akan berlangsung di Padang Merbok esok mencapai sasaran kehadiran 200,000 peserta.
“Terima kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana meluluskan lokasi perhimpunan, begitu juga polis yang memberi permit. Kami yakin himpunan ini akan mencapai sasaran dan menjadi bukti jelas yang ia mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama,” katanya.
Selain ceramah daripada agamawan dan pemimpin PAS, ia turut menyajikan program hiburan Islamik.
PAS sekali lagi meneruskan kebiasaannya juga menampilkan selebriti tanah air yang pernah popular satu masa dulu.
Menurut atur cara yang disiarkan di beberapa laman Facebook parti itu, program yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang hingga 11 malam akan diacarakan pelawak Wahid Senario, serta persembahan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Shoutul Amal. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top