pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hishammuddin Dakwa Beliau Juga Tidak Akan Terlepas, Jika Terbabit Rasuah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap proses mahkamah terhad...
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap proses mahkamah terhadap bekas pegawainya yang didakwa rasuah akan dapat “mencari kebenaran” terhadap isu tersebut.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan rasuah dilakukan bekas pegawai khasnya ketika di Kementerian Pengangkutan, Zailan Jauhari.
Zailan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM80,000 pada 2014.
Hishamuddin menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada undang-undang dan proses mahkamah.
“Apa sahaja berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa, tiada sesiapa terkecuali daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk saya dan pegawai saya.
Cuma saya berharap sepanjang proses siasatan (dan pendakwaan) ini, jangan sampai orang tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran dan pemeteraian memorandum persefahaman program “Recognition of Prior Experimential Learning” (RFEL) untuk veteran tentera di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.
Zailan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melibatkan tender 2 syarikat membersihkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu ketika menjadi pegawai khas Hishammuddin yang memangku jawatan menteri pengangkutan, pada Januari 2014.
Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai suapan.
Hishammuddin yang juga naib presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes tersebut kerana tidak mahu melakukan “perbicaraan melalui media”.
“Saya dimaklumkan ia kes lama dan pegawai berkenaan bersama saya sejak di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan,” katanya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top