pahangdaily pahangdaily Author
Title: Husam Sedia Di Saman Oleh PAS, Mahkamah Bolehlah Bongkar Isu RM90 Juta
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertahankan kenyataannya berhubung da...
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan dana RM90 juta terhadap parti lamanya walaupun diancam tindakan mahkamah.
Malah, tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.
“Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan pada ceramah di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu,” katanya yang kini bersama Amanah, dalam kenyataan hari ini.
Menerusi klip video ceramah yang kini tular di media sosial, Husam mendakwa parti lamanya itu menerima wang RM90 juta daripada Umno.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui Affin Bank.
Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam.
Husam meyifatkan Tuan Ibrahim membuat kenyataan tersebut tanpa penelitian dan mungkin “tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit”.
Pada Ogos lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report, laman pertama yang membangkitkan dakwaan itu.
PAS menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown pada 13 Disember lalu, antaranya meminta laman itu menarik balik artikel berkaitan dan menyiarkan permohonan maaf.
Setakat ini, tiada prosiding mahkamah melibatkan PAS dan Sarawak Report. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top