pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ismail Sabri Salah Fakta, Mahathir Tiada Kuasa Selamatkan Guan Eng
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada sebarang kuasa bagi membebaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada sebarang kuasa bagi membebaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dari mana-mana kes melibatkannya.
Ketua Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo berkata sebarang prosedur jenayah di negara ini adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, selaras dengan peruntukan Perkara 145 (3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tun Mahathir bukan Peguam Negara. Beliau tidak ada kuasa undang-undang untuk membebaskan Guan Eng.
“Jadi tuduhan Ismail baru-baru ini langsung tak berasas, malah menyalahi fakta,” tegas Ahli Parlimen Puchong itu dalam satu kenyataan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu menuduh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi membebaskan Guan Eng dari dakwaan rasuah.
Kit Siang kemudiannya menempelak keras tohmahan jahat Ismail itu, sambil menganggap ia satu lagi kempen bagi menyebarkan ‘ketakutan, kebencian dan pembohongan’ ke atasnya.
Biarpun Ahli Parlimen Gelang Patah itu meminta Ismail menjelaskan kenyataannya, menteri UMNO itu terus membisu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top