Jaguh Negara, Azizulhasni Menang Emas "Acara Pecut" Di New Delhi !

KUALA LUMPUR: Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35 di New Delhi, India.
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016 itu meraih kemenangan 2-0 selepas mendominasi perlumbaan pertama dan kedua dengan catatan masa 10.451 saat dan 10.526 saat di Velodrom Indira Gandhi, semalam.
Beliau menewaskan Tomoyuki Kawabata dari Jepun yang mencatat masa 10.543 saat dan 10.623 saat bagi 2 perlumbaan.
Untuk rekod pelumba yang lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu pernah memenangi emas dalam acara pecut individu pada 2008, 2009 dan 2014. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]