pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kanak-Kanak Maut Di Pukul Guru, Gara-Gara Tidak Tahu Membaca !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GARA-GARA  tidak pandai membaca, seorang kanak-kanak perempuan di Kenya maut dipukul gurunya sendiri, baru-baru ini. Menurut lapor...

GARA-GARA tidak pandai membaca, seorang kanak-kanak perempuan di Kenya maut dipukul gurunya sendiri, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Metro.uk, mangsa yang dikenali sebagai Joy Wangari dipukul setiap kali gagal membaca seperti yang diminta oleh gurunya itu.

Walaupun Wangari mengaku dia tidak tahu membaca, guru tersebut tetap memukulnya selain menyuruh pelajar lain membuat perkara sama ke atas kanak-kanak malang tersebut.
Ekoran kerap dipukul, Wangari yang tinggal bersama neneknya, dilaporkan tidak hadir kerana sakit akibat dipukul.

Jiran mangsa, Ann Wairimu berkata, dia pernah melawat Wangari dan melihat kanak-kanak itu dalam keadaan lemah selain mengadu sakit belakang serta perut.

"Dia mendakwa dipukul teruk oleh guru dan rakan sekelas," katanya.
Wangari kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat tetapi keadaannya semakin teruk sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pengarah pendidikan tempatan, Kamemba Kamande berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Guru yang dipercayai memukul kanak-kanak itu dilaporkan telah melarikan diri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top