pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kehadiran "Dua Jentera" Di Tapak Bauksit Timbulkan "Tanda Tanya" Penduduk !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Kehadiran dua jentera di tapak perlombongan bauksit Kampung Jeram, Beserah mula menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setem...

KUANTAN: Kehadiran dua jentera di tapak perlombongan bauksit Kampung Jeram, Beserah mula menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.

Jentera berkenaan dikatakan memasuki kawasan itu petang semalam dan melakukan kerja-kerja mengorek di tapak lombong tersebut.

Bagi penduduk, Che Long Che Ali, 64, situasi itu menimbulkan persoalan memandangkan tempoh moratorium masih berjalan.


Menurutnya, jarak yang berdekatan dengan rumahnya membuatkan kehadiran dua  jentera itu kurang disenangi.

“Jalan yang rosak akibat kegiatan bauksit yang dahulu pun masih belum dibaiki, di tambah pula dengan adanya kerja-kerja yang dilakukan di tapak berkenaan sekarang membuatkan  kita rasa tidak puas hati.



“Saya ada bertanya kepada pihak kontraktor berkenaan, dan dia mendakwa mempunyai surat kebenaran untuk beroperasi dan mengeluarkan lebihan bauksit di kawasan itu,”katanya ketika ditemui di tapak perlombongan bauksit di Kampung Jeram, hari ini.

Sementara itu, bagi, Nin Chin Wan, 64, berkata, sejak kawasan itu dikuasai dengan aktiviti perlombongan bauksit, jalan ke kawasan kebun seluas lapan hektar yang dijaganya turut rosak teruk.

Katanya, dia tidak mahu aktiviti berkenaan kembali beroperasi di kawasan berkenaan kerana sudah berdepan pelbagai masalah sejak empat tahun lalu.

“Dulu saya boleh ke kebun lima kali sehari, tapi sekarang hanya mampu pergi sekali sehari kerana jalan yang rosak teruk.



“Saya harap pihak bertanggungjawab boleh lihat keadaan di kawasan ini kerana aktiviti yang berlaku dekat dengan penempatan penduduk dan kebun,” katanya.

Tidak tahu kawasan lombong haram atau ada kebenaran

Sementara itu, Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, dia mendapat aduan daripada penduduk mengenai dua  jentera terbabit pada petang semalam dan bergegas meninjau kawasan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga hairan dengan dua  jentera itu di kawasan berkenaan seolah-olah sedang melakukan kerja mengorek lombong.



“Persoalan di sini, adakah dalam tempoh moratorium yang sedang berjalan ini, ada pihak yang mendapat kebenaran untuk beroperasi atau sebaliknya.

“Saya berharap pihak berkuasa boleh memberi respons agar penduduk jelas dengan situasi yang berlaku sekarang,” katanya.

Jelasnya, pihaknya memerlukan pengesahan daripada pihak berwajib sama ada kawasan itu mempunyai lesen atau tidak.

Katanya, dia tidak mahu situasi sama berlaku di lokasi tiga  kanak-kanak lemas di Taman Sungai Karang Jaya pada 4 Februari lalu berulang.



“Selepas kejadian baru dimaklumkan kawasan itu lombong haram,” katanya.

Dakwa ada surat kebenaran

Dalam pada itu, kontraktor yang dipercayai mengendalikan aktiviti di kawasan itu memberitahu bahawa syarikatnya memperoleh surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengangkut keluar lebihan bauksit di situ pada 20 Disember tahun lalu.

Dakwanya, jentera berkenaan dibawa masuk untuk melakukan kerja membuat jalan di kawasan itu.

“Kami ada surat untuk membawa keluar bauksit ini dan hanya tunggu permit untuk lori sahaja,” katanya.

Bagaimana pun, dia menafikan mengorek bauksit di kawasan terbabit sebaliknya hanya membuat jalan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top