pahangdaily pahangdaily Author
Title: Keluarga Tiga Kanak-Kanak Lemas Di 'Tapak Lombong Bauksit' Lantik Peguam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Ibu bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sung...
KUANTAN: Ibu bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini Sabtu lalu, melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Peguam Mohd Harris Abdullah berkata beliau berjumpa dan mendapat kebenaran Mohd Sharif Awang Ngah, 50, dan Nor Habibah Aidil, 50, serta Aidil Omar, 78, iaitu ibu bapa dan datuk Nureen Ain Juwita, 10, seorang daripada mangsa kejadian itu.
Beliau menambah Zuhairi Syukor, 51, dan isteri Nor Azilah Muzaffar Shah, 32, menerusi panggilan telefon juga memberi kelulusan kepadanya untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian anak mereka iaitu Salsabila, 12, dan Mahathir Mohamad, 7.
“Selepas mendapat kebenaran keluarga, kita akan memulakan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Setakat ini, berdasarkan kenyataan awal, pemilik tanah berada di Pulau Pinang.
“Kita juga akan menyiasat siapa pemegang lesen di situ. Difahamkan lesen daripada PTG (Pejabat Tanah dan Galian negeri) adalah bagi kerja mengalih tanah, bukan melombong,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Beliau juga tidak menolak akan memfailkan saman terhadap PTG Pahang jika didapati berlaku kecuaian agensi itu kerana mengeluarkan lesen tanpa pemantauan yang sewajarnya.
“Bagaimanapun, semuanya akan diperincikan sebelum memfailkan saman. Kita menjangkakan siasatan akan mengambil masa selama sebulan sebelum diikuti tindakan seterusnya,” katanya.
Pada 5 petang Sabtu lalu, 3 kanak-kanak itu ditemukan lemas di lombong terbabit dipercayai selepas cuba mengambil seluar adik Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, yang terjatuh ke dalam lombong itu.
Lombong berkenaan yang terletak berhampiran kawasan perumahan mereka dipercayai beroperasi secara haram di atas tanah persendirian sebelum ditinggalkan sejak tempoh moratorium bauksit berkuat kuasa pada 15 Jan 2016. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, February 10, 2017 6:43:00 PM

Boleh menang ke?dibelakang tabir Bauskit ni ada Makhluk yang berkuasa Ammunity bhai.silap2 Buang kes atau settle luar Mahkamah.kat Malaysia ni yang ada Kuasa dia DiLindungi bhai.contoh kes Dreber lori.Memang Celaka undang undang kat Malaysia ni.Rakyat juga yang jadi Mangsa.

 
Top