pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemalangan: Dua Motosikal Kuasa Tinggi "Berkecai", Mekanik Maut !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG: Seorang mekanik maut dalam satu kemalangan membabitkan dua motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 43.9 Lebuhraya Kuala Lumpur -...

BENTONG: Seorang mekanik maut dalam satu kemalangan membabitkan dua motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 43.9 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak menghala ke Bentong, pagi tadi. 

Dalam kemalangan pada jam 10.40 pagi itu, Muhammad Norazhar Mat Jumad, 28, dari Damansara Baru, Petaling Jaya, Selangor maut di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan. 

Ketika mangsa yang menunggang KTM RC 250 melalui satu kawasan selekoh di situ, motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan melanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi Yamaha YZF-R1 yang berada di depannya. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata motosikal Yamaha YZF-R1 ditunggang Mohd Samsul Jamil, 43, itu terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri laluan, manakala Muhammad Norazhar dan motosikalnya jatuh menggelungsur ke hadapan bahu jalan terbabit. 

"Penunggang KTM RC 250 maut, manakala seorang lagi mangsa yang juga peniaga berasal dari Sungai Buloh Country Resort, Sungai Buloh, Selangor hanya mengalami luka-luka pada badan. "Mereka berdua dikatakan dalam perjalanan dari Damansara untuk ke Bentong," katanya dalam kenyataan, tadi. 

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top