pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemunculan Husam Musa, Cetus Kekecohan Dalam Ceramah PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU:  Satu ceramah yang dianjurkan Pemuda PAS di sini bertukar kecoh apabila bekas pemimpin parti itu, Datuk Husam Musa tiba-ti...

KOTA BHARU: Satu ceramah yang dianjurkan Pemuda PAS di sini bertukar kecoh apabila bekas pemimpin parti itu, Datuk Husam Musa tiba-tiba muncul walaupun tajuk program tersebut melibatkan dirinya.

Ceramah berkenaan, 'Husam lari debat bai'ah' diadakan di luar stadium Sultan Muhamad IV pada malam Isnin, dengan bertujuan menjelaskan dakwaan yang dilemparkan oleh Husam berhubung pemberian wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO kepada PAS.

Kemunculan Husam mengejutkan semua pihak yang hadir apabila beliau tiba kira-kira pukul 11 malam.

Beliau kemudiannya berjalan menuju ke pentas dan duduk bersama pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nasurudin Daud dan Ketua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Ketika Nasuruddin berucap, seorang daripada hadirin tampil ke tepi pentas dan mencabar Husam untuk berbahas tentang isu tersebut.

Keadaan menjadi tegang apabila penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS saling bertengkar sebelum pengawal keselamatan tampil untuk memaksa Husam meninggalkan pentas.

Husam sempat bermesra dengan hadirin ketika Nasurudin meneruskan 'serangan' terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu.

Nasurudin mendakwa, Husam mengirim tiga surat untuk mengajak debat tentang isu bai'ah sejak November tahun lalu tetapi tidak pernah terlaksana.

Husam kemudiannya singgah di sebuah kedai di depan kompleks kerajaan, Kota Darul Naim dan beliau menjelaskan situasi yang berlaku.

"Saya dijemput ke ceramah itu dan berharap dapat berdebat dengan Nasurudin.
"Apabila saya duduk di atas pentas, saya meminta Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazman Che Ibrahim untuk memberikan tempoh lima minit untuk bercakap.

"Namun Nazman berkata, Nasurudiin menolak permintaan saya," kata beliau kepada penyokong Amanah.

Selain itu, Husam menyifatkan Nasurudin sebagai tidak porfesional dan perlu meminta maaf kerana menggunakan nama beliau dalam isu tersebut.

Isu bai'ah antara perdebatan yang sering dibangkitkan oleh pemimpin PAS terhadap ahli yang membelot. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top