[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mungkin Bekas Pemimpin Yang Di Pecat Menerima Dana RM90 Juta !


KOTA BHARU: Bekas Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (foto) berharap parti itu mengambil tindakan menyaman Adun PAN Salor, Datuk Husam Musa.

Katanya, menyaman Penasihat PAN Kelantan berkaitan dakwaan wang RM90 juta disumbang Umno kepada PAS perlu dilakukan bagi membersihkan segala dakwaan dibuat.

“Presiden PAS sudah lama menafikan mengenai dakwaan dana itu. Sekarang apa tujuan Adun Salor menuduh PAS, selain berniat memburukkan parti itu,” katanya di sini.

Pemimpin PAN itu dalam dakwaan terbaru mendakwa mempunyai bukti kukuh PAS menerima dana RM90 juta yang disalurkan melalui akaun Affin Bank.

Berikutan dakwaan fitnah tersebut PAS merancang mengambil tindakan mahkamah ke atas Adun  PAN terbabit.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Jumaat lepas memberitahu parti itu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Husam kerana berniat jahat memfitnah PAS menerima dana RM90 juta.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Husam mendedah nama penerima wang tersebut.

“Menyatakan secara umum kononnya ada pemimpin PAS terima wang RM90 juta satu kenyataan 'playsafe' kerana tidak diketahui siapakah individu itu. 

“Mungkin juga individu itu dipecat kerana membuat onar, atau mungkin sahaja yang telah membawa lari kerusi dimenangi,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]