pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kenyataan Yang Biadap: Malaysia Pertimbang "Halau" Duta Korea Utara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Malaysia mempertimbangkan untuk menghalau duta Korea Utara atau menutup kedutaan di Pyongyang, ketika ketegangan memuncak ...
KUALA LUMPUR: Malaysia mempertimbangkan untuk menghalau duta Korea Utara atau menutup kedutaan di Pyongyang, ketika ketegangan memuncak susulan pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Kim Jong-nam, 46, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lepas. Polis percaya beliau dibunuh dengan racun mudarat, ketika bersiap untuk menaiki penerbangan ke Macau. Beliau tinggal di Macau besama keluarganya di bawah perlindungan Beijing.
Duta Korea Utara berkata negaranya “tidak percaya” cara Malaysia mengendalikan siasatan, dan menuduh Malaysia “berpakat dengan kuasa luar” – merujuk kepada Korea Selatan secara terselindung.
Seorang pegawai kanan kerajaan yang tahu mengenai perbincangan itu berkata kenyataan Duta Kang Chol mengundang kemarahan dan Malaysia sedang menyediakan jawapan, antaranya termasuk mengisytiharkan beliau “persona non grata”.
Langkah itu merupakan jawapan terkuat yang boleh diambil Malaysia terhadap seorang diplomat asing, dan bermakna Kang Chol perlu meninggalkan negara ini.
Sumber memberitahu Malaysia turut mempertimbangkan pilihan lain. Malaysia, antara segelintir negara yang mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara, boleh menutup kedutaannya di Pyongyang, atau memansuhkan perjalanan tanpa visa untuk warga Korea Utara.
Jika Korea Utara tidak menghentikan kritikannya, semua hubungan diplomatik dan dagangan akan dihentikan, tambahnya.
Usaha mendapatkan komen dari Kementerian Luar Negeri tidak berjaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal minggu ini men“Kenyataan oleh duta sama sekali tidak wajar…Malaysia akan berdiri teguh,” kata Najib kepada pemberita pada Selasa.
Melampaui batas
Malaysia antara segelintir negara asing yang boleh dikunjungi warga Korea Utara dengan mudah, ekoran dasar tanpa visa untuk pelawat yang sebahagian besarnya dibalas oleh Pyongyang.
Sejak 1980-an, Korea Utara menggunakan negara Asia Tenggara ini sebagai hab untuk mempromosikan kepentingan strategik dan perniagaan, sah dan sebaliknya, kata penganalisis.
Ketegangan dengan Malaysia akan hanya memencilkan Korea Utara lagi.
Program senjata dan nuklear Pyongyang menimbulkan kebimbangan Barat, dan ujian peluru berpandu balistik awal bulan ini mencabar komuniti dunia sejak Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.
Polis pada Rabu menamakan seorang diplomat Korea Utara dan seorang kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara sebagai orang yang dikehendaki untuk ditemubual berhubung pembunuhan Kim Jong-nam.
Polis mengenalpasti 8 lelaki Korea Utara, seorang wanita Vietnam dan seorang wanita Indonesia yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Mereka berkata sekurang-kurangnya 4 suspek sudah meninggalkan negara ini dan dipercayai berada di Pyongyang.
Korea Utara belum menjawab dakwaan mengenai pembabitan salah seorang diplomat mereka dalam kes ini. Reuters gagal menghubungi kedutaan Korea Utara dan pemberita tidak dibenarkan memasuki kedutaan untuk mendapatkan komen.
Pegawai kerajaan Korea Selatan dan AS percaya pembunuhan abang sebapa Kim Jong-un dilakukan oleh ejen Korea Utara.
Diplomat Korea Utara berusaha memujuk pegawai kerajaan Malaysia supaya tidak menjalankan autopsi ke atas mayat Kim Jong-nam, menurut sumber yang tahu mengenai perbincangan itu kepada Reuters, tetapi Malaysia menolak permintaan mereka.
Mayat masih berada di sebuah hospital di Kuala Lumpur, kerana autopsi belum selesai sepenuhnya.
Pada Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kenyataan duta Korea Utara merupakan perbuatan yang tidak diplomatik.
“Beliau melampaui batas. Bagi saya, ini merupakan ketidakteraturan diplomatik,” katanya lapor New Straits Times.yifatkan kenyataan duta yang cuba menimbulkan keraguan ke atas siasatan Malaysia sebagai “biadab”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top