pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kematian "Kim Jong-Nam", Lelaki Korea Utara Di Reman Tujuh Hari
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEPANG:  Lelaki Korea Utara yang ditahan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un di Lapa...

SEPANG: Lelaki Korea Utara yang ditahan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Isnin lepas direman tujuh hari bermula Ahad.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi media hari ini dan menyatakan perintah reman terhadap suspek keempat tersebut dikeluarkan oleh Majistret Sepang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata lelaki yang memegang kad pengenalan (i-KAD) dengan identiti Ri Jong Chol selain memaparkan DPRK sebagai tempat kelahirannya, ditahan pada 9.50 malam Jumaat.

Susulan penahanan lelaki Korea Utara itu, petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sejak 8 pagi tadi kerana menjangkakan prosiding reman akan berlangsung di situ selain spekulasi suspek ditahan di lokap IPD berkenaan.

Ketibaan kenderaan dipercayai dari Kedutaan Korea Utara di IPD Sepang pada 4.15 petang menguatkan spekulasi suspek ditahan di situ dan kehadiran pihak kedutaan adalah untuk berjumpanya.

Kenderaan itu keluar dari perkarangan IPD Sepang hampir sejam kemudian tanpa bertemu dengan petugas media.

Pada kira-kira 6.15 petang, konvoi tiga kenderaan polis dilihat memasuki IPD Sepang dan wakil media yang sabar menunggu di luar pagar ternampak seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan tersebut dengan kawalan ketat polis.

Sebahagian wakil media yang ada di situ mendakwa profil lelaki itu menyamai lelaki Korea.
Terdahulu pada 11.15 pagi tadi, sebuah kenderaan dipercayai dari Kedutaan Vietnam dilihat memasuki perkarangan IPD Sepang dan keluar dari situ kira-kira 20 minit kemudian. 

Khamis lepas, prosiding reman melibatkan dua wanita pemegang pasport asing termasuk Vietnam dilakukan di IPD tersebut dengan Majistret Sepang Sharifah Muhaymin Abd Khalib dibawa ke premis berkenaan menaiki kereta peronda polis.

Pada Isnin lepas, Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di KLIA2. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top