pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Ketua Pengarah Kesihatan': Anda Merokok? Bersedia Di Tegur Mulai Hari Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Lebih 4,500 pegawai dari Kementerian Kesihatan akan ditugaskan di taman awam seluruh negara mulai hari ini bagi mendidik ...
PETALING JAYA: Lebih 4,500 pegawai dari Kementerian Kesihatan akan ditugaskan di taman awam seluruh negara mulai hari ini bagi mendidik golongan perokok mengenai larangan baru merokok di taman awam.
“Setiap pengunjung akan diberikan risalah berkaitan larangan ini dan amaran bertulis akan diberikan kepada pengunjung yang didapati melanggar peraturan ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (foto).
Menurutnya dalam kenyataan, aktiviti hari ini akan ditumpukan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur melibatkan 68 orang pegawai Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ia susulan penwartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017.
Ia bertujuan memberikan amaran kepada masyarakat aktiviti merokok adalah menjadi kesalahan di semua kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka.
Aktiviti itu turut melibatkan kerjasama dari beberapa agensi lain seperti Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan Unit Local Agenda 21 Kuala Lumpur.
“Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana agensi dan golongan masyarakat di dalam memperkasakan peraturan ini,” katanya.
Justeru, semua pengunjung taman awam diingatkan mematuhi peraturan ini dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top