pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan "Tidak Ada Sebab" Untuk Lengahkan Siasatan Skandal Forex 1990
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak ada sebab untuk melengah-lengahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat skandal forex 20...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak ada sebab untuk melengah-lengahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat skandal forex 20 tahun lalu, begitu juga dengan terhadap skandal 1MDB dan Bank Bumiputera (BMF).
Ini kerana  sokongan dan kesediaan bekas Menteri Kewangan bermula tahun 1991 sehingga 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi penubuhan RCI tersebut amat signifikan, tegas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, sepanjang menjadi menteri kewangan, Anwar telah merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan sebagai menteri kewangan terbaik.
“Anwar pernah dinamakan dalam senarai empat menteri kewangan terbaik oleh Euromoney sebaik menjawat jawatan Menteri Kewangan.
“Pada tahun 1996 pula,  Asiamoney telah menamakan Anwar sebagai Finance Minister of the Year. Ini termasuk gelaran Asian of the year dari Newsweek International,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Namun, pencapaian Anwar ini jauh meninggalkan Najib Razak yang juga Menteri Kewangan sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
“Beliau tidak memiliki rekod cemerlang atau luar biasa sebagai Menteri Kewangan kecuali menjerumuskan Malaysia ke lembah kehinaan sebagai negara kleptokrasi global.
“Paling memalukan, Najib telah dinobatkan sebagai menteri kewangan terburuk Asia pada 2016 oleh FinanceAsia mendahului yang lain berbanding tempat ke lapan pada 2015,” ujar beliau. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top