KPDNKK Pahang Rampas 30 Berus Cat Di Perbuat Daripada Bulu Babi !


KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya merampas sejumlah 30 berus cat diperbuat daripada bulu babi dalam satu operasi di empat premis, semalam.

Pengarahnya, Shaharudin Jali berkata, pihaknya mendapati berus yang diperbuat daripada bulu babi banyak dijual malah tidak meletakkan sebarang label.

Jelasnya, terdapat juga penjual yang tidak mengasingkan barangan itu.

“Kita giat menjalankan operasi di semua premis di negeri ini bagi mengenal pasti barangan berkenaan dijual mengikut perintah perihal dagangan.

“Dalam pada itu, kesalahan tidak meletakkan tanda harga turut dikenal pasti bagi kebanyakan premis.

“Bagi peniaga premis yang dikenal pasti, mereka akan dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut dan barangan akan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu,  tambahnya, pihak KPDNKK akan melaksanakan operasi tersebut secara berterusan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]