[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Lapan Remaja Berbasikal Maut Di "Rempuh Kereta" Di Johor Bahru !


JOHOR BARU: Lapan remaja maut apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu turut menyebabkan lapan lagi cedera termasuk dua kritikal.
Kesemua mangsa dipercayai berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian itu, kereta Nissan Almeera yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh kumpulan remaja terbabit.

"Semasa kejadian terdapat kira-kira 40 remaja di lokasi kejadian bersama basikal masing-masing yang sudah diubah suai dan polis tidak tahu apa tujuan mereka berkumpul di situ.

"Tiba-tiba datang sebuah kereta dan merempuh kumpulan remaja terbabit mengakibatkan lapan daripadanya terbunuh dan lapan lagi cedera," katanya pada sidang media di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, Sabtu.

Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Skudai dari Taman Pelangi.

Katanya, pemandu kereta terbabit mendakwa tidak menyedari kehadiran kumpulan remaja terbabit di situ kerana keadaan jalan yang berbukit.

"Pemandu itu sudah ditahan untuk disoal siasat. Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini," katanya.

Kejadian tersebut turut menjadi tular di laman sosial Facebook. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]