pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lelaki "Bertudung" Untuk Mencuri Di Surau 'Di Penjara' Lapan Bulan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular ming...
PETALING JAYA: Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular minggu lalu, dihukum penjara 8 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini pada 9.40 malam, 18 Feb lalu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Antara barangan yang terdapat di dalam dompet berkenaan adalah kad pengenalan, beberapa keping kad bank, kad akses kondominium, wang tunai bernilai RM408.30 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.
Tertuduh yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 2 minggu lalu atas kesalahan sama didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, bagi kesalahan kali ke-2 dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang kakitangan pusat beli-belah itu ternampak seorang wanita mengambil dompet seorang jemaah wanita lain di surau tersebut.
Selepas ditahan, suspek yang disangka wanita itu rupa-rupanya merupakan seorang lelaki yang berpakaian wanita dan lengkap bertudung.
Hasil siasatan mendapati suspek mencuri dompet seorang jemaah wanita di dalam surau tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
“Tertuduh mencuri di tempat awam yang merupakan tempat ibadah, oleh itu saya pohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh,” katanya.
Firdaus yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan anak yatim dan tidak mempunyai anggota keluarga lain. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top