pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahfuz Omar: Desakan Keluar Parti, Saya Akan Terus Menegur PAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata akan terus menegur dan memberikan pandangannya terhadap partinya PAS ...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata akan terus menegur dan memberikan pandangannya terhadap partinya PAS walaupun menerima desakan supaya keluar parti.
Katanya, tindakan PAS itu menunjukkan partinya tidak boleh ditegur sekiranya mempunyai pandangan yang berbeza.
“Desakan supaya saya meninggalkan PAS… memberikan gambaran PAS tidak boleh ditegur.
Ahad lalu, Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata Mahfuz perlu menyertai parti lain daripada terus mengecam parti sendiri.
Wan Romani menyifatkan Mahfuz “duri dalam daging”, dan berkata tindakannya yang sering mengkritik dasar parti menunjukkan beliau bukan lagi ahli PAS.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mencabar Mahfuz keluar parti, kerana dilihat lebih senada dengan ahli Parlimen pembangkang lain.
Mahfuz yang mengetuai PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama 9 bulan bermula 1 Febuari hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilaporkan tidak meneruskan jawatan itu selepas tempoh tersebut.
November lalu, PAS Pokok Sena mengeluarkan surat kepada Mahfuz menamatkan jawatannya sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena, dan melantik Wan Romani sebagai pemangku YDP.
Mahfuz berkata akan terus menegur partinya bagi merealisasikan impiannya untuk melihat PAS bersama Pakatan Harapan dan pembangkang lain.
“Saya akan teruskan menegur parti dan memberikan pandangan terbuka untuk membawa PAS bersama pakatan pembangkang,” katanya.
PAS tidak bersama dengan Pakatan Harapan kerana bermusuhan dengan DAP dan Amanah. Ia juga sehingga kini tidak mengadakan sebarang persefahaman untuk memastikan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top