pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahklamah: Menantu PM, Khairy Nafi Kebal & Berdendam Dengan Anwar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari...
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau bukanlah “kebal” disebabkan statusnya sebagai menantu Perdana Menteri pada ketika itu seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah terhadapnya.
“Ini bukanlah isu kebal, saya tidak fikir ia betul…saya tidak menganggapkan diri saya seperti itu,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan defendan.
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, yang merupakan saksi defendan pertama, dipanggil semula hari ini untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah terhadapnya berjumlah RM100 juta yang difailkan Anwar, yang ketika ini menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan liwat.
Khairy turut menafikan beliau menyimpan dendam kesumat terhadap Anwar, untuk mengadakan jerayawara bagi mengecam Anwar berkaitan keputusan kes liwat itu.
Menjawab dakwaan Anwar dalam pernyataan saksinya, Khairy berkata Pemuda Umno mengadakan jerayawara di Kelana Jaya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan kes liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
Khairy juga berkata tiada pejabat di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri semasa bapa mentuanya menjadi perdana menteri seperti didakwa Anwar dalam pernyataan saksinya.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dan menuntut ganti rugi RM100 juta, dengan mendakwa Khairy mengeluarkan perkataan berbaur fitnah terhadapnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Feb 2008.
Khairy ketika itu adalah Naib Ketua Pemuda Umno. Anwar mendakwa perkataan berbaur fitnah dan klip video bertajuk “Anwar and kin no threat” dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.
Pendengaran di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan bersambung Isnin depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top