Azmin Ali Redah Kubu BN, Santuni Rakyat Negeri Pahang Di Bentong


BENTONG: Melangkaui sempadan negeri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengambil peluang beramah-mesra bersama masyarakat Pahang sempena Program Minum Petang bersama Menteri Besar, di sini, petang Sabtu lalu.
Pengisian program tertumpu kepada inisiatif  Menteri Besar mendekati masyarakat Pahang bagi menyantuni dan mendengar sendiri permasalahan setempat.
Sebelumnya, Mohamed Azmin yang lengkap berbaju Melayu tiba di Pejabat Cabang KEADILAN Desa Damai jam 2.30 petang, diiringi Setiausaha Politiknya, Suhaimi Shafiei.
Mohamed Azmin dalam ucapannya berkata, beliau mengambil pendirian terbuka untuk terus mendekati rakyat walaupun berbeza fahaman politik.
“Kita ambil pendirian terbuka menggunakan medan politik secara matang untuk bawa agenda politik tanpa wujud amalan memaki hamun.
“Keutamaannya kami membawa politik nilai dan ada maruah juga integriti tinggi untuk membawa agenda reformasi menuntut perubahan negara.
“Hasrat saya turun mendekati rakyat bagi membawa perubahan kerana negara kita ini dalam keadaan parah yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]