pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib Tak Yakin BN Akan Menang, Kontraktor "Mengadu" Projek Tak Banyak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal di Sabah baru-baru ini ...

PETALING JAYA: Cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal di Sabah baru-baru ini menunjukkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak kurang yakin partinya mampu meraih kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
“Jangan ingat BN pasti menang. Saya tak yakin BN pasti menang.
“BN pun tak berapa yakin (menang) bukan saja di Semenanjng tapi juga di Sabah dan Sarawak. Kerana dia tak yakin menang, dia nak buat awal untuk pastikan kemenangan di Sabah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bercakap di Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia malam tadi, Guan Eng berkata Najib juga sedar kerajaan berdepan dengan krisis keyakinan rakyat akibat keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.
“Saya banyak terima aduan dari peniaga-peniaga, keadaan ekonomi teruk, peniaga di Pulau Pinang mengadu perniagaan mereka jatuh 30 peratus. Tapi di Penang ada pelancong. Negeri lain saya rasa lagi teruk,” ujarnya.
Katanya jika sesebuah tender projek dibuka pada waktu ini, semakin banyak syarikat akan masuk menender.
“Mereka cakap negeri lain tak banyak projek. Ini tak termasuk Selangorlah, tapi negeri belah utara,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top