[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PM: 'Tiada Sebab' Untuk Kerajaan Malaysia 'Burukkan' Korea Utara !

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, Datuk Seri Najib Razak mengulas siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam yang merupakan abang sebapa pemimpin tertinggi Korea Utara, Jong Un.
Menjawab tuduhan Pyongyang berhubung “tangan tersembunyi” dalam siasatan kes itu, perdana menteri berkata:
“Kami tidak ada sebab melakukan sesuatu yang akan memburukkan (kerajaan) Korea Utara.”
Kenyataan itu susulan dakwaan Korea Utara yang Malaysia bekerjasama dengan Seoul untuk mencetuskan gangguan daripada krisis sedang membelenggu kepimpinan Korea Selatan.
Dakwaan itu dibuat Duta Korea Utara, Kang Chol pada sidang media hari ini.
Kang turut mencadangkan polis Malaysia dan Korea Utara melakukan siasatan bersama kerana tidak percaya dengan siasatan dijalankan pihak berkuasa negara ini.
Najib bagaimanapun berkata, beliau “yakin sepenuhnya” dengan pasukan polis dan doktor negara ini yang “sangat profesional”.
“Polis dan doktor kita sangat profesional dan saya yakin sepenuhnya mereka amat objektif dalam apa yang mereka lakukan.
Kita terikat dengan undang-undang sendiri di Malaysia,” katanya selepas merasmikan sebuah forum antarabangsa hari ini.
Jong Nam tiba di Malaysia pada 6 Februari lalu dan dijadualkan berlepas ke Macau pagi Isnin lalu apabia beliau diserang 2 wanita yang menyembur sejenis racun dan menyerkup mukanya dengan sehelai kain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Anak sulung kepada bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il itu kemudiannya mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Sejak itu, Korea Selatan menuding jari kepada jirannya, Korea Utara sebagai dalang di sebalik pembunuhan Jong Nam dengan merujuk “arahan” Jong Un untuk membunuh abang sebapanya dan cubaan membunuhnya yang gagal pada 2012.
Pagi tadi, Malaysia memanggil Kang untuk menjelaskan dakwaan yang Putrajaya “menyembunyikan sesuatu” serta “berpakat dan bersekongkol dengan pihak luar”.
Kementerian Luar menyifatkan tuduhan Kang itu tidak berasas dan sekaligus mencemarkan reputasi negara ini.
Sehingga kini, 4 suspek ditahan polis, iaitu seorang wanita Vietnam bernama Doan Thi Huong, suspek ke-2 dari Indonesia bernama Siti Aisyah, lelaki tempatan bernama Muhammad Farid Jallaludin dan suspek ke-4, Ri Jong Chol untuk membantu siasatan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]