pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nasaruddin Daud: "Husam Musa" Penakut Untuk Debat Isu "Baiah"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : PAS mendakwa Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa “penakut” apabila beberapa kali gagal memberi tarikh berdebat m...
PETALING JAYA: PAS mendakwa Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa “penakut” apabila beberapa kali gagal memberi tarikh berdebat mengenai isu baiah.
Exconya, Datuk Nassuruddin Daud juga menuduh Husam “kaki auta” apabila sering berbohong setiap kali berucap mengenai isu baiah supaya menampakkan beliau berada di pihak yang betul.
“Majlis Debat Baiah sudah dicadang Husam pada pertengahan atau akhir Januari 2017 kepada saya. Ini tercatat dalam surat dihantar kepada saya pada 21 November 2016. Jadi, pada 23 November saya jawab agar debat dipercepat 2 minggu sebab cadangan Husam untuk dibuat pada Januari 2017 terlalu lama kerana isu ini perlu diperjelaskan segera.
“Husam tidak bersetuju dengan cadangan itu dan saya setuju dengan tarikh debat pada Januari 2017, tetapi setiap kali perbincangan Husam tidak mahu beri tarikh.
“Selepas didesak, wakil Husam memberitahu debat boleh dibuat pada Sabtu malam, jadi saya cadang Sabtu, 28 Januari 2017. Kita sudah minta stadium tetapi Husam tidak bersetuju jadi beliau menolak tarikh yang dipilih sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Nassuruddin yang juga ketua penerangan PAS Kelantan berkata, susulan itu pihaknya mengadakan ceramah “Husam Lari Dari Debat Baiah” yang berlangsung di Kota Baharu, malam tadi.
Bagaimanapun, pada program itu menyaksikan penyokong PAS dan Amanah hampir “bertumbuk” di pentas ceramah parti Islam itu.
Suasana tenang bertukar riuh apabila Husam tiba-tiba muncul di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Husam tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin lain.
Tindakan tersebut menimbulkan ketidakselesaan penonton dan pemimpin di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan kata-kata tidak sopan beberapa penyokong.
Keadaan bertambah panas apabila penyokong Amanah didakwa memulakan provokasi sebaik sahaja Nassuruddin memulakan ucapan dengan menyerang Husam kerana gagal memenuhi janji berdebat sambil menunjukkan surat dihantar bekas pemimpin PAS itu.
Suasana tegang yang berlangsung lebih 5 minit kembali tenang apabila Husam bersama penyokongnya meninggalkan pentas yang tidak berpuas hati apabila tidak diberi ruang berucap.
Mengulas dakwaan Husam kononnya beliau tidak diberi ruang berucap, Nassuruddin berkata program tersebut sesi ceramah bukan acara debat sekali gus menyifatkan kehadiran Husam sebagai tidak beradab.
“Semalam adalah program ceramah, bukannya debat. Macam mana nak beri beliau berucap, kerana untuk berucap, beliau memerlukan permit. Ia tidak boleh dibenarkan begitu sahaja kerana salah, malah tindakan beliau itu juga tidak beradab, menganggu majlis. Tuduhan beliau tidak dibenarkan berucap juga bohong,” katanya.
Mengulas kesediaan terbaharu Husam untuk berdebat mengenai baiah, Nassuruddin berkata beliau enggan melayan kerana menganggap masa 3 bulan yang diberi sebelum ini membuktikan bekas setiausaha politik Datuk Nik Aziz Nik Mat itu seorang pemimpin yang suka memutar belit sesuatu isu.
“Saya tunggu Husam 3 bulan, sejak November, sampai saya batalkan rancangan umrah dengan 2 anak saya pada Januari semata-mana menunggu tarikh debat daripada Husam. Cukuplah, disebabkan Husam, 3 bulan saya tidak boleh lakukan tugasan lain.
“Saya tidak akan layan orang bodoh macam beliau lagi untuk berdebat, sebab masa saya bagi untuk tetapkan tarikh sampaikan tarikh yang dicadangkannya sendiri pada Januari 2017 pun beliau tolak. Bagaimana saya nak setuju dengan orang yang langgar janji? Inilah orang yang langgar baiah. Fikiran beliau bercelaru,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

BabaYaga said... Tuesday, February 21, 2017 7:55:00 PM

Tak payah nak belit laa pak lebai pondan. Husam dah turun semalam tu, gentle laa terus berdebat , siapa yg takut sebenarnya haa ? Ada ke Dato Husam bawak genster 606 untuk takutkan pak lebai? ..tak de kan ?
Tajuk ceramah je dah tunjuk kan akhlak pak lebai2 PAS, sungguh kurang ajar ? Ini ke ajaran al quran ? atau ajaran tuan guru hadi ? Hehe kesian..

 
Top