pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri Aziz: Tidak Hormati Undang-Undang Antarabangsa, Korea Utara Negara Penyangak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pyongyang menipu diri sendiri, berbohong dan separuh benar, serta penyangak yang tidak menghormati undang-undang antaraba...
KUALA LUMPUR: Pyongyang menipu diri sendiri, berbohong dan separuh benar, serta penyangak yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa, bidas menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.
Beliau berkata demikian menggambarkan tingkah laku Korea Utara ketika Malaysia cuba mengenalpasti punca kematian “Kim Chol”, seorang warga Korea Utara yang dipercayai Kim Jong-nam iaitu abang sebapa pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
Selepas Bukit Aman menolak permintaan Korea Utara meminta mayat diserahkan tanpa bedah siasat, Pyongyang menuduh Putrajaya “berpakat dengan kuasa luar” manakala siasatan “didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir”.
“Mereka mesti ingat Malaysia bukan Korea Utara. Kita ada undang-undang. Mereka tak boleh buat sesuka hati mereka,” kata Nazri kepada pemberita di Kompleks Kraf Kuala Lumpur hari ini.
“Mereka menipu diri sendiri, berbohong dan separuh benar…Saya secara peribadi merasakan Korea Utara negara penyangak. Tidak menghormati undang-undang antarabangsa.”
Terbaharu, polis meminta kerjasama kedutaan untuk membenarkan setiausaha kedua kedutaan Hyon Kwang-song – seorang daripada 7 orang yang dikehendaki – ditemubual bagi membantu siasatan.
Media asing melaporkan Kwang-song sedang bersembunyi di kedutaan. Setakat ini, seorang warga Korea Utara, warga Indonesia dan seorang pemegang pasport Vietnam ditahan dalam siasatan polis.
Sementara itu, menteri pelancongan dan kebudayaan itu menasihatkan rakyat Malaysia mengelak dari mengatur rancangan ke Korea Utara atas faktor keselamatan.
“Jangan pergi ke sana. Sebab tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita tidak boleh jangka apa yang akan mereka lakukan.
“Mereka boleh lakukan segala perkara yang mustahil. Jadi, saya minta rakyat Malaysia agar tidak ke sana,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top