pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Gesa, Kerajaan Pahang Naik Taraf Kemudahan Sekolah Agama !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Tidak sampai sebulan selepas kejadian Pusat Pendidikan Islam an-Nuur di Penor terbakar pada 15...

Tidak sampai sebulan selepas kejadian Pusat Pendidikan Islam an-Nuur di Penor terbakar pada 15 Januari lalu, kini sebuah lagi asrama sekolah agama di Pahang terbakar. Kali ini di Maran dan melibatkan sebuah asrama sekolah menenagh agama Kerajaan Negeri Pahang. 

Jika kebakaran di Pondok An-Nuur melibatkan asrama lelaki, kebakaran di Maran melibatkan asrama perempuan Sekolah Menenagah Agama Maran, Kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama perempuan yang menempatkan 73 pelajar. 


Mujurlah tiada kejadian melibatkan kemalangan nyawa beraku dalam kebakaran sekitar jam 7.30 pagi tadi itu. Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengambil berat untuk menambah baik kemudahan asrama sekolah-sekolah agama di negeri ini?.

Difahamkan  Sekolah Menengah Agama Maran menempatkan keseluruhan 334 berumur 13 hingga 17 tahun manakala bangunan yang terbakar itu dibina sejak tahun 1982.

Sungguh menyedihkan apabila dilaporkan bangunan asrama sekolah yang terbakar itu sudah berusia hampir 35 tahun. Soalnya kenapa Kerajaan Negeri Pahang, tidak terfikir untuk menaiktaraf bangunan asrama tersebut?.


Malah, difahamkan 18 buah sekolah agama kerajaan negeri (klik sini) yang lain, situasinya hampir sama. Bangunan usang dengan kemudahan yang terlalu daif, menunjukkan seolah-olah semua sekolah agama  tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri selama ini.


Apa yang menjadi persoalan, kenapa peruntukan wang zakat tidak digunakan untuk menaiktaraf kemudahan di sekolah-sekolah agama Pahang?. Agak menghairankan bila mana pihak terbabit lebih gemar membeli hotel, ladang, tanah dan sebagainya, namun usaha untuk memaju dan menaiktaraf kemudahan sekolah serta asrama dipandang sebelah mata. 

Isu ini pernah tersiar di blog www.pahangdaily.blogspot.my beberapa tahun lalu atas tajuk "Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel"Kisahnya tetap tiada perubahan.


Membeli hotel untuk perniagaan tidak salah, namun utamakanlah juga pendidikan agama Islam di negeri ini. Kutipan zakat ratus juta setiap tahun wajar disalurkan juga untuk meningkatkan kemudahan sekolah-sekolah agama di Pahang ini sebenarnya.

Jangan hanya melihat kepada perniagaan yang mengutungkan, sedangkan ilmu agama yang dimiliki oleh anak-anak inilah lebih mulia untuk generasi akan datang. Justeru, bantulah sekolah-sekolah agama Pahang.


Inilah ikhtibar yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang atas musibah yang melanda Asarama Perempuan Sekolah Menengah Agama Maran pagi tadi. 


Asrama lelaki yang terbakar di Pondok An-Nuur baru-baru ini lebih moden dari asrama sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang. Walhal, pondok An-Nuur diuruskan oleh pihak swasta yang hanya bergantung kepada sumbangan derma orang ramai.

Justeru, berilah perhatian kepada memnaiktaraf kemudahan asrama terbabit, agar ia memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. #sumber

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Advertisement

Post a Comment




 
Top