pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nor Omar: UMNO Selangor Tolak "Peletakan Jawatan" Jamal Yunos
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Y...
SHAH ALAM: UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.
Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu dibuat selepas menilai segala sumbangan Jamal kepada kelangsungan parti terutamanya semasa membantu memenangkan BN pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun tahun lepas.
Katanya, keputusan UMNO Selangor akan dikemukakan kepada majlis tertinggi parti untuk dipertimbangkan dan sebarang kata akhir mengenai hal tersebut tetap bergantung kepada majlis berkenaan.
“Jamal masih layak memegang jawatan itu malah tidak pernah melakukan kesalahan sehingga didakwa di mahkamah.
“Apa pun keputusan MT, kami tetap akur. Badan perhubungan negeri tiada kuasa dalam menentukan hal keanggotaan dan perkara yang berkaitan,” kata Noh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Selangor di sini.
Sebelum ini, Jamal dilaporkan nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top