pahangdaily pahangdaily Author
Title: Izzah: Anwar Harap Pembangkang Bersatu, "Untuk Tumbangkan" BN !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pakatan dijangka berhadapan laluan berliku bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila ...

KUALA LUMPUR: Pakatan dijangka berhadapan laluan berliku bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebelakangan ini semakin jelas menguntungkan BN.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurul Izzah Anwar, berkata bagaimanapun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pakatan pembangkang mampu mengatasi semua cabaran sekiranya bersatu.
“Anwar ada menyebut dalam skop cabaran menumbangkan BN, kita harus bergandingan dengan semua pihak untuk memerangi Najib Razak dan konco-konconya terutama dalam keadaan sekarang kita berhadapan media tidak adil, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlagak seperti komponen BN.
“Kita harus merapatkan saf untuk menyedarkan rakyat inilah masanya untuk kita menyelamatkan Malaysia daripada Najib Razak dan juga BN,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini ketika menghadiri perbicaraan saman Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam.
Jelasnya, keadaan Najib dan BN yang semakin tertekan ekoran dilanda pelbagai skandal menyebabkan parti itu sanggup berbuat apa sahaja bagi mempertahankan kuasa.
Katanya, kegagalan pembangkang bersatu hanya memberi jalan kepada BN terus berkuasa meskipun berada dalam keadaan paling lemah.
Sementara itu, Nurul Izzah memberitahu kepimpinan di peringkat negeri seluruh negara ketika ini menunjukkan kerjasama baik antara parti-parti pembangkang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top