'Gangguan Bekalan Air' Selama 14 Jam Di Kuantan Pada Hari Rabu Ini


KUANTAN: Lebih 5,000 pemegang akaun pengguna, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam pada Rabu ini.

PAIP dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan gangguan itu akan melibatkan lebih 10 kawasan berikutan pelaksanaan kerja penyambungan di atas Lot 1119 Kampung Chengal Lempong, Mukim Sungai Karang di Loji Rawatan Air Bukit Ubi.

Kawasan terlibat ialah Seberang Balok, Balok Baru, Kampung Balok, Sungai Karang, Batu Hitam, Beserah, Kampung Baru, Kampung Alor Ladang, Kampung Gelugor, Kampung Satelit dan kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan itu gangguan bekalan air itu akan bermula dari 8 pagi sehingga 10 malam pada hari berkenaan dan sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya.

Pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999 jika ada sebarang pertanyaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]